Assalamualaikum Hello Coconuts!
Semalam blogger MZ minta share resipi sambal Tok Tok. Katanya first time dengar sambal ni.
Resipi dia sangat simple semua orang boleh buat.
1) Cili padi ikutlah nak banyak mana biasa Cuya masak dalam 2 genggam. Guna cili padi supaya lebih pedas, kalau tak tahan pedas sila guna cili hidup biasa.
2) Ikan bilis
3) Sebiji limau sambal ( kalau takde ganti dengan air asam jawa)
4) Garam secukupnya
5) 2 sudu kecil gula pasir
6) minyak secukupnya
7) Bawang merah dan bawang putih ( boleh letak sesuka hati nak banyak mana, lagi banyak lagi bagus so rencah dia akan banyak)
1) Tumbukkan bawang merah dan putih, cili padi, dan ikan bilis. ( Ikan bilis option kalau nak tumbuk sekali , kalau tak boleh goreng dan asingkan dgn rencah)
2) masukkan garam dalam lesung batu yg kita tumbuk bahan tadi.
3) Panaskan minyak
4) Gorengkan semua bahan yg ditumbuk
5) Perah limau ( kalau xde limau masukkan air asam jawa dan masak sampai kering air tu)
6) Dah masak lama sikit sampai garing baru letak gula pasir secukupnya.
Gula jangan letak awal takut hangit. Make sure control api supaya dia tak hangit.
Yang atas ni sambal versi ikan bilis garing. Kalau nak masak yg garing, rencah tadi goreng dulu baru masukkan ikan bilis garing.
Nak masak yg garing kena pastikan rencah dia masak sampai kering baru masukkan ikan bilis garing. Kalau lembab nanti ikan bilis dah tak garing.
Harap dapat membantu sesiapa nak masak sambal tok tok. Simple tapi memang membuka selera!
Till then, adios amigos! 👋🏻



Wah.nanti Kak SA nak cuba buat la..thanks Cuya resepinya
ReplyDeleteSelamat mencuba!
DeleteSedapnya makan dengan nasi panas2 tak payah lauk lain dah. Limau sambal tu limau apa? Kasturi ke nipis?
ReplyDeleteLimau kasturi kak, yg limau kecik tu. Memang sedap makan dgn nasi panas2. Bertambah2
Deleteaduh terliurnya.. minta ijin copy resepinya..
ReplyDeleteSilakann
DeleteConfirm menambah nasi ada sambal ni. Mekasih share resepi, Cuya. 👍😋
ReplyDeleteConfirm hehe sama2!
Deletewowww nmpk sedap laaa..lebih kurang sambal tumis ikan bilis jugak cuma toktok ni versi kering :)
ReplyDeleteYaa betul2
DeleteLebih kurang la tu
Ok ! Nanti nak try. Sambal macam ni memang sedap la makan dengan nasi panas
ReplyDeleteYa sedap sangat! Bertambah2 nasi
Deleteresepi mudah tapi sedap. kena cuba la nanti. Teruskan menulis komen di blog abam kie supaya kekal menjadi top 5 commenters yg bakal dpt cash pd awal thn 2026 ni. Cepat! Sementara tawaran masih ada...
ReplyDeletePecut laju komen! Cuya datang! Hehe
DeleteMakan dengan nasi panas, sedapnya.
ReplyDeleteSedap sangat hehe
DeleteSedapnya Cuya, thanks for sharing
ReplyDeleteSama2 hehe
DeleteMakan dgn nasi panas², sedapnya!
ReplyDeleteHaruslah sedap~ hehe
Deletemakan time sahur sedap nih..
ReplyDeleteYa betul tuuuu
Deletebahaya sambal ni cuya. ada nasi panas je takda lauk lain pun makan bertambah
ReplyDeleteKan! Memang pembuka seleraa
Deletethanks cuya! simple rupanya. nanti nak try buatlaaa
ReplyDeleteSilakan hehe
DeleteNampaknya lezat sekaliii
ReplyDeleteYaa sedap2 hehe bolehla cuba
DeleteOh ada Cuya buat resepnya di sini 😍😍😍😍. Thank youuuu. Nak buaaaat. Kebetulan saya lagi ada sisa ikan nulis. Tak tahu nak masak apa
ReplyDeleteTengok macam ni alamakkkk akak suka ni Cuya....macam bahaya je lauk ni. Hehehe. Boleh buat menambah.
ReplyDeleteThank you so much Cuya. Kak suka gila sambal ni namun buat tak pernah jadiii.
ReplyDelete