Pages

Thursday, December 4, 2025

Hadiah dari Langit

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Cuya sehabis boleh cuba untuk menulis di blog ni untuk kerap update. Kadang-kadang tu tak tahu nak tulis apa sebab cerita kita biasa ajer.

Tapi bila tengok orang lain pon update simple2, kita pon ikutkan saja senior kita update blog.

Nak update masak-masak tapi kita masak biasa ajer. Takde apa yang special. Nanti dah jadi kategori emak-emak. Sebagai anak muda kita punya entri kenalah merapu sikit. Lol, padahal takde la muda mana memang selayaknya jadi mak orang dah ni. Anak patutnya dah 3 🤣 atau maybe lebih. Hahaha

Sebolehnya nak declare diri ni muda. Al maklumlah bujang trang tang. Bagi chance la yer kepada adikmu ini.

Sepanjang Cuya blogging, Cuya memang tak dedahkan umur Cuya kan. Seeloknya begitulah. Cuya lebih selesa untuk tidak dedahkan melainkan ada berjumpa dengan blogger lain kan. Kadangkala umur itu seeloknya dirahsiakan ikut apa yang Cuya belajarlah dengan ustaz. Wallahualam.

Yang Cuya pasti, para blogger sebahagian besar semuanya orang dewasa dan lagi tua daripada Cuya. Tabik hormat! Hehehe
Yang baya baya Cuya dah tak main dah blog ni, Cuya je suka sebab seronok menulis walaupun blog kita sendu ajer.

Tapi kita ada Google Adsense nak kumpul. So marilah kita kayuh! Menabung sikit2

Btw, Cuya nak share hadiah yang Cuya dapat daripada makcik2 Cuya. Saja simpan sini sebagai kenangan.


Dapat dua hadiah
Kanan speaker
Kiri bekas hiasan


Cantik bekas ni dah la warna pink, favourite Cuya. Taktahu nak letak apa sebab kat rumah Cuya macam macam bekas ada.

Kitalak sejenis banyak gila jewelleries.
Tengok la nanti boleh buat apa dengan bekas ni.



Dapat speaker comel warna pink gak. Rezeki la dapat favourite kaler ni.

Cuya sejenis yang suka headphone, bila dapat speaker ni rasa macam, pakai ke aku nanti?

Tapi orang dah bagi kita terima dengan hati suka ria sebab benda pon free.
Takkan nak tolak kan. Ngeh ngeh

Alhamdulilah rezeki Allah beri tak pernah habis. Allah memang Maha Baik.
Kita tak minta pon Allah tetap beri rezeki tak dijangka.

Rezeki untuk kita akan tetap sentiasa ada.
Jangan risau bab rezeki. Allah kan Maha Kaya, kenapa kita nak takut miskin betul tak?

Till then, adios amigos.


16 comments:

  1. Tahniah. Itu namanya rezeki tak salah alamat. 😄

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki Allah beri. Kalau nak rezeki melimpah ruah bersedekah lah selalu kerana sedekah bukannya memiskinkan kita tapi Allah tambah lagi rezekinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Cuya setuju dengan pendapat akak. Lagi banyak sedekah, lagi kaya

      Delete
  3. Akk kalau bz up cerita simple² je Cuya. Asalkan mood menulis tu tak berhenti. Once berhenti susah nak dapat mood semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cuya kalau berhenti memang kelaut penulisan hehe

      Delete
  4. Wahhh..Alhamdulillah rezeki tu..Speaker tu bleh on waktu dlm bilik nk santai2 =)

    ReplyDelete
  5. serba pinnnnkkkk
    so dah boleh da pegi watsons pink
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kalau ada kat Melaka ni Watson pink bole singgah hehe

      Delete
  6. xpe Cuya teruskan je sharing di blog sbb sayangggg kalau stop.. Ana pun sama jugak ada masa kdg tu terpaksa rehat sekejap dunia blogging, tp pastu bangkit semula ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah selagi ada kudrat ni nak terus menaip sebagai memori.
      Yang penting kena bangkit kan, teruskan usaha

      Delete
  7. Wahhhhh best nya dapat hadiah pink semuanya. Girlie sangat. Keep on writting Cuya. KSarie ke achik Sarie sebab udah separuh abad on off menulis blog dan tajuk pun merapu sakan.

    ReplyDelete
  8. Blog ni boleh je tulis apa2 simple pun boleh. Ada yang tulis 2-3 baris pun ada je. Ada yang panjang berjela2 merapu pun ada. Ada je orang baca. Hihi. Kalau ada GA kena la rajin update setiap hari.

    ReplyDelete
  9. Dipikir2 saya pun dah lamaaa sangat tak pakai speaker. Dulu sukaaa, apalagi setiap gym di rumah. Pakai musik biar semangat 😄. Tp sejak speaker rusak, pasang musik LGS dr hp saja. Suara speaker hp pun lumayan bagus soalnya. Krn itu tak nak ganti ke speaker . Orang2 pun LBH suka pakai headset skr ini 😄. Tp tuhlah, kalau ada yg bagi, tak mungkin ditolak. Siapa tahu nanti ada gunanya kan

    ReplyDelete
  10. cuya pink lover yer...boleh geng dgn MZ!! MZ ada few latest stuff in pink--nanti nak buat entry hahhah entr kat blog MZ tu simple2 ajer! entry berjela2 tu psl cuti2 sabah ..sbb nanti senang MZ nak throwbacks!

    ReplyDelete