Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥
Alhamdulilah Cabaran 100 Hari Kurangkan Gula dalam minuman sudah selesai semalam.
Dan bestie Cuya dah selesai cabaran turunkan 10 kg berat badan dia. Namun begitu bestie Cuya cuma dapat turunkan 7kg jer, lagi sikit jer nak menang.
Jadi bestie Cuya hadiahkan Cuya Rm50 dalam bank. Alhamdulilah rezeki yang tidak dijangkakan. Walaupun Liza tak menang, tapi banyak juga berat dia turun tu .
Dia masih teruskan cabaran dengan adik2 dia sampai bulan 2. Dia nak capai BMI normal. All the best Liza.
Haruslah kopi ais. Wahhh nikmatnya minum kopi manis.
Segala pujian bagi Allah atas setiap kenikmatan yang Dia kurniakan.
Sekarang cabaran seterusnya untuk Cuya adalah untuk minum air masak dengan kerap dan kurangkan jajan.
Cuya pon nak turunkan berat badan sempena tahun baru ni. Jiayok jiayok!
Apa azam tahun baru korang?


Nak kumpul duit pergi umrah...mudah-mudahan termakbul..aamin..
ReplyDeleteEh,tahniah Cuya menang RM50..
Aamin ya Rabb.
DeleteTerima kasih kak. Moga impian akak tercapai
Wah, tahniah Cuya... Bukan senang orang nak bagi RM50 sesaja.. Rezeki tak penah salah alamat...
ReplyDeleteTerima kasih kak.. Alhamdulilah hehe
DeleteTahniah, Cuya.👏👏 Banyak kawan Cuya hilang, sampai 7 kg. Maknanya, Cuya lebih banyak la ya, hilang berat dari dia? Wah... semoga Cuya terus kuat dan istiqamah jaga makan dan kesihatan. 💪
ReplyDeleteEh Cuya hilang sikit je drpd dia tapi sebab Cuya berjaya kurangkn gula dlm minuman selama 100 hari tu yg dpt hadiah. Aamin ya rabb. Terima kasih kak
DeleteWahhhh... tahniah cuya!!! share lg journey turunkan berat ni cuya... kak mcm x turun² jugak... hahaha
ReplyDeleteNak turun berat kena eat clean je senang la nanti nk turun tu.
DeleteNasi makan 4 sudu shj.
Masa Cuya amalkan ni memg turun dgn lebih sihat
waaa congratsss!! 7 kg is a lot!! MZ nak kena restart next week sbb minggu ni diet ke laut dalam laaa...tak sempat stock up salad etc
ReplyDeleteMZ dh kurus laa watpe diet.. hehehe. Cuya pon kena diet jugk ni
Deletetahniah cuya! Keep it up!
ReplyDeleteThank you!
DeleteAlhamdulillah tahniah Cuya! Dapat duit dan lost 10 kg. Banyak tu!
ReplyDeleteThank youu. Ehhh Cuya bukan turun 10 kg lah kak... Cuya menang cabaran turunkan gula je heheh
Deletetahniah cuya, 7kg tu banyak tau
ReplyDeleteTerima kasih tpi yg turun 7kg tu kawan Cuya tau bukan Cuya hahaha
DeleteMoga impian Cuya tercapai ya.
ReplyDeleteAamin ya Rabb
DeleteWah Tahniah Cuya .. teruskan usaha naa :)
ReplyDeleteTerima kasih ^^
Delete7kg? Banyak sangat turun.. Tahniah.. Teruskan usaha.. Azam tahun 2026 pula belum fikir lagi ☺️
ReplyDeleteAah member Cuya tu pakai diet khas untuk turun cepat tu yg bnyk turun tu
DeleteTahniah, minuman kopi tu saya suka minum..mybe jenis lain..
ReplyDeletebanyak jugak tu kawan cuya turun berat. dia memang tak makan nasi n minum manis ke? dlaam tempoh berapa lama dia buat challenge tu
ReplyDeletewah tahniah cuya.
ReplyDelete