Pages

Sunday, May 18, 2025

Kejar Akhirat, Dunia Akan Datang

Assalamualaikum,

Dah lewat malam tapi aku masih belum tidur. Beberapa hari ni aku selalu fikir. Ada beberapa perkara dalam hidup ni yang aku mahu capai.
Salah satunya adalah untuk membina keluarga.

Kadangkala aku fikir, agaknya aku belum bersedia sebab tu Allah tak hadirkan jodoh untuk aku. Memang aku tak bersedia sepenuhnya tapi aku nak juga dirikan rumahtangga.

Sampailah aku terjumpa video di Tiktok. Kat situ tertulis macam mana orang rasa dia dah ready untuk kahwin. Ramailah yang komen. Dan antaranya berbunyi seolahnya kita tak perlu ready untuk kahwin. Perasaan tak ready nak kahwin tulah tanda kita ready untuk kahwin.

Maksudnya memang aku tak perlu ready sepenuhnya dan aku boleh kahwin la kan? Haha

Tapi bab jodoh ni juga keduniaan. Kahwin ni bukanlah keutamaan kenapa kita hidup. Jadi aku pon runsing seketika.Salah ke kalau aku saban hari doa pasal jodoh? Aku banyak refer video sebagai rujukan dan kefahaman aku.

Sampailah aku jumpa ayat " Dunia ni lebih kecil nilainya berbanding sebelah sayap nyamuk"

Aku rasa macam teruk sangat sebab terlalu mengejar keduniaan. Asyik doa bab jodoh, bab nak kerja elok, nak itu,nak ini....semuanya tentang dunia. Aku lupa agaknya, sepatutnya lagi aku kejar akhirat lagi dunia akan datang pada aku.

Banyak kesulitan dan kekecewaan yang aku harus tempuh. Tapi aku yakin Allah ada hadiah untuk aku. Cuma aku taktahu bila dan bagaimana kemunculan hadiah tu.

Setiap kesulitan akan bersama kemudahan. Allah dah kata begitu pada kita.

Daripada kesulitan, sebenarnya banyak kenikmatan yang Allah berikan pada kita semua. Tinggal kita perasan dengan tak je. Kalau disenaraikan nikmat yang Allah berikan kepada kita takkan habis ditulis.
Nikmat bernafas, melihat, mendengar,kesihatan baik, makan dan minum, pakaian, kenderaan, rumah dan the list goes on.
Tapi tula, sebagai manusia yang lalai kita selalu lupa nak bersyukur.

Sibuk tengok benda yang takde daripada ada. Salah satu puncanya medsos la. Semua orang sibuk upload kebahagiaan masing-masing. Sebab tu kita rasa ketinggalan bila tak kecapi kebahagiaan yang sama.

Ada social media memang boleh buat otak drain sebab penat. Seolah2 kita masih belum berjaya lagi sebab sibuk bandingkan hidup kita dengan orang lain yang jauh lebih berjaya kononnya.

Sebab tu aku malas gila nak ada banyak medsos dalam satu masa. Kalau ada pon aku biarkan terbengkalai. Lantakla dengan kehidupan orang lain, aku pon ada life sendiri. Jadi takleh bandingkan, cuma lebih kepada tumpang gembira sahaja dengan pencapaian orang.

ahhh ini sekadar luahan aku yang hati tengah tak tenang. Aku bukan luahkan masalah, tapi sekadar berkongsi. Kalau bab masalah aku tak perlu share dengan korang, sebab hidup aku bertuhan, Allah kan adaa? Hehe

Semoga Allah permudahkan urusan aku dan korang dunia dan akhirat. Aamin ya Rabb

8 comments:

  1. Sosial media buat kita jadi insecure. Saya pun slalu rendah diri bila tgok kawan2 kerja bagus, dah kawen apa semua. Tpi tula, anggap je rezeki dorg kt situ. Rezeki kita pula lain jalannya. Entah2 sebenarnya ada org yg teringin nk hidup dlm life saya kan? Tpi saya pulak sibuk tgok life org yg lagi best dri saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebenarnya ad org nak hidup macam kita.
      Tapi kita sibuk nak hidup macam orang lain. Hahaha
      Alhamdulillah untuk setiap nikmat Allah beri

      Delete
  2. Dulu sy pun mcm tu.. Fikir bila nak kahwin.. Umur 23thn nak kahwin.. Jodoh sampai 26thn.. Setiap hari minta jodoh yg baik... Risau kwn2 semua dah kahwin kita bila lg.. Bila dah kahwin alhamdulillah syukur apa yg sy doa Allah makbulkan walaupun dari dulu teringin nak kahwin muda... Bila ada kwn yg risau pasal kahwin lewat ke.. Satu ja sy doa 'semoga jodoh mereka baik dan soleh'.. Sbb itulah nikmat dlm perkahwinan bgi sy dapat pasangan yg bertanggungjawab dan baik.. Apapun semoga semuanya d'permudahkan buat Cuya baik jodoh, rezeki mahupun kejayaan dunia akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis nurul share pengalaman. Ya, bila tengok orang lain dah kawin, kita pon ada datu perasaan sama. Tapi aturan Allah itu lebih baik.
      Bahagia tu bukan apabila semua kehendak kita dipenuhi, tapi bahagia itu apabila semua aturan cerita kita mengikut kehendak Allah :)

      Delete
  3. Hurmmm... Pasal jodoh kalau nak cerita.. setiap org ada rezeki masing masing.. sy pun lewat 28 baru kawen.. 29 baru dpt anak.. berdoa seikhlas hati mcm tak la sgt hahaaa .. sbb diri masa berkawen langsung takde apa.. keje, kereta apatah lagi motor.. takde apa.. tapi selepas berkawen mmg byk berdoa utk rezeki.. sbb nak jaga anak org kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki juga dapat kahwin. Moga dilimpahi rezeki yang tidak pernah habis
      Aamin

      Delete
  4. Akakkan, kalau dilema begini kan, akak ignore media sosial baca bahan bacaan. tak kisahlah komik, novel, kadang buku teks sekolah anak pun akak baca or akak tgk tv.
    Penat emosi nak overthinking boleh jadi burnout.

    ReplyDelete
  5. Aaamiiin cuya. Semoga cepat datang jodoh Cuya. Baba jodoh ini, memang tak payah pikir dulu. Sebab itu hak veto dari Allah. Kadang datang begitu Saja. Jadi bagi saya memang better kita fokus dengan hal lain dulu, atau mengejar akhirat, Krn segala sesuatu yg jadi hak Veto Allah, tak tahulah kapan datang.

    ReplyDelete