Pages

Wednesday, April 9, 2025

Tetamu VVIP datang rumah beraya

Assalamualaikum,Hello Coconuts! 🥥 

Harini ada tetamu VVIP datang beraya ke rumah Cuya. Cuya yang jarang memasak untuk tetamu pon masak special untuk dia 

Cuya decide untuk masak spagetti carbonara. Tak pernah seumur hidup Cuya masak spagetti, ibu lagi la tak pernah masak.

Cuya godek2 resipi online, lepastu semalam pergi cari bahan. Kejap ke Speedmart, lepastu lari ke Fresco cari bahan yang tak cukup. Alhamdulillah ada sudah bahan2nya.



Bahan2:

Spagetti
Minyak
Garam
Secukup rasa
Black pepper
Daun parsley
Bawang Holland 
Susu full cream
Cheese
Sosej
Sos prego carbonara 


Spagetti tu rendam dengan sedikit minyak dan garam. Masaklah dalam 12- 14 minit


Siap sudah carbonara Cuya


Sedia untuk dihidang

Tetamu Cuya sampai tambah 3 kali. Dia kata sedap!

Alhamdulillah syukur niat Cuya nak bagi orang makan, laku spagetti. Hehe


Nilah tetamunya, Amira tengah pilih 'duit raya'. Hahaha


Milik siapakah sang juwita ini~


Macam biasa posing port tangkap gambar di rumah Busu.


Nilah baju raya Cuya tahun ni. Ni kali kedua pakai.
Baju ni Cuya beli dari Indonesia, teramat lah murah.


Barulah merasa gambar sorang2 orang ambilkan, kalau tak kena survive sendiri bergambar



Terpaling ayu ler tuu hahaha


Kemain bergaya macam mak datinn 😂 
Si mira ni siap bawak spec banyak2 untuk bergambar




Masa bergambar memang dah nak hujan tu mendung je.
Tapi hujan kejap2 jer.




Ceh ceh... Cik Manis 🤭


Terima kasih mira sudi datang beraya rumah kita. Ada rezeki kita jumpa lagi.


Minggu dah habis cuti raya ni korang ada beraya mana2 lagi ke?

Ke ada tetamu akan datang?

Tuesday, April 8, 2025

Duit Raya Luar Negara

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Masa bulan puasa haritu Makteh Cuya ada bagi sebungkus matawang negara luar.

Bertambah lah koleksi matawang Cuyaaaa.
Kebanyakan syiling tu daripada Eropah. 1 pound sahaja dah berapa ringgit. Kaya kejap.. hahaha







Hampir penuh dah buku syiling Cuya. Alhamdulillah 

Mana tahu satu hari nanti Cuya pergi luar negara, bole pakai duit syiling ni. Function 

Tiba2 teringat dulu masa kecik dapat duit raya Rm1 syiling.

Masatu Cuya macam " Singgit jeee??"

Hahahaah

Kenangan betul. Tak reti bersyukur hehe

Korang dulu2 selalu dapat banyak duit raya tak? Cuya usia sekarang pon masih dapat duit raya Alhamdulillah 

Monday, April 7, 2025

Jalan- jalan Raya

Assalamualaikum,Hello CoConuts! 🥥 

Masa minggu raya haritu sibuklah berjalan raya. Abang sulung Cuya jemput kitaorang adik beradik datang rumah dia dekat Melaka. Ibu dengan ayah tak ikut sebab tak larat kot.


Semalam pon jalan raya rumah Kak Lin, kenalan Cuya semasa intern. Bos Cuya punya buah hati.

Hah jomlah tengok gambar.


Cuya bersama anak buah paling bongsu, Amalin.




Suka nau tengok muka orang gitu haha



Anak-anak buah Cuya bersama kakak ipar.

Keluarga kembangan Cuya

Missing abang no 2 dan 4



Cuya nak buat love...macam lain lak jadinyaa hahaha


AI yang tak menjadii


Ni semalam punya cerita.
Kawan intern Cuya dak Pizan dengan Mahadhir datang rumah.

Lepastu dia ajak pergi rumah Kak Lin dekat Cheng.



Dah beberapa tahun tak jumpa Kaklin. Alhamdulillah dapat juga jumpa.


Macam2 benda kitorang cerita. Tahu2 balik malam sudah.

Biskut raya Kaklin buat pon sedapp




Dari kanan Abg Daryl (bos Cuya zaman intern)
Mahadhir, Pizan, KakLin, Cuya




Cucu kaklin yang tolong tangkapkan gambar, Lily 



Kaklin siap sediakan makan2 lagi. Sedap! Cuya ratah tempe dia makan dengan kicap style orang Johor.

Alhamdulillah murah rezeki Kaklin dengan Abg Daryl.

Cuya doakan Kaklin sihat sentiasa, diberikan kesembuhan sebaiknya dan dijodohkan dengan abg Daryl hendaknya.
Kahwin jangan lupa jemput!


Kak Lin siap bagi kain ela beberapa jenis kat Cuya . Alhamdulillah syukur atas nikmat pemberianNya


Minggu cuti raya dah tamat, agak2 ada lagi ke orang jalan raya ni? Hoho

Korang dah habis jalan raya ke?




Saturday, April 5, 2025

Sampul Raya Kartun Labubu

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 


Semalam parcel raya Cuya sampai ke rumah. Cuya shopping la apa lagikan. Cuya cari sampul raya kartun yang rare buat simpanan mendatang.

Tengah search, terjumpa pulak sampul kartun Labubu. Korang tahu tak Labubu tu apa?
Labubu ni sebenarnya patung yang femes sebab Lisa Blackpink minat sangat patung ni.

Tapi patung ni gigi tajam, ada orang suka. Ada orang tak minat. Cuya okay2 je, comel je bagi Cuya sebab warna dia ceria.




Patung ni jadi comel sebab pakaian dia macam2 bentuk.
Ada bentuk pickachu, dinasour, doraemon, minion,lilo and macam2 lagi.


Cuya ada order lagi dekat shopee sebab terjumpa harga yang sangat murah. Kena pandai cari la kalau nak yang murah.

Boleh beli borong untuk bisnes.
Cuya sejak viral sampul raya rare kartun ni, Cuya suka beli sebab comel.

Kadang2 nak bagi duit raya pada family sendiri pakai sampul ni la. Kemain suka lagi diorang sebab jarang orang bagikan sampul gini.

Baru r rareeee.

😂 

Korang pernah nampak tak sampul raya viral kartun ni?



Aircond Raya

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini abang Cuya ambil servis pasang aircond untuk bilik di rumah Jasin. Masih guna servis yang sama abang guna untuk pasang di bilik Cuya dan ibu.

Bilik kalini sebenarnya pada asalnya tak pakai sebab dah jadikan macam store. Tapi dah kemas sikit2 dan buang almari lama so ada ruang dan bolehlah tidur.



Semasa proses pemasangan aircond



Anak buah Cuya Maryam tengah tunjuk 'peace' tanda rasminya aircond baru.


Aircond abang pilih jenama sama dengan bilik Cuya dan ibu iaitu Acson. Abang kata jenama ni bagus. Cuya guna pon memang sejuk.

Masa diorang buat ni memang bising la sebab kena tebuk dinding dan berhabuk. Tapi Abang dengan Cuya dah sapu n mop.

Lepasni tak payah la Cuya tidur tengah rumah bila abang2 Cuya balik. Biasanya abang2 Cuya tidur bilik Cuya dan Cuya kena tidur luar 😂. Beginilah nasib anak bongsu kena mengalah dengan abang sebab abang duduk jauh.

Dengar cite abang nak pasang aircond juga dekat ruang tamu. Amboi abang, satu rumah dia nak pasang, Melaka panas nau agaknyaa.

Moga abang dimurahkan rezeki selalu sebab bahagiakan ibu ayah.

Thursday, April 3, 2025

Persiapan sebelum raya + photodumps

Sebab hari sebelum raya tu tak sempat pos apa2, kita pos la harini



Kena goreng kacang lebih sejam
Penat ler gaul sorang2 huhu 


Ni nak kupas kulit kacang lak. Bercinta mat nak buat benda ni. Berejam..

Takde ke orang jual kacang tanah dah siap blend? Mana nak cari ekk


Kupas bawang pulakkk


Hiris serai..
Nak masak rendang dan kuah kacang 

Tapi yang kelakarnya terlupa nak ambi gambar masakan. Tahu nak makan je..hoho



Praktis mekap sebelum raya... Last2 raya mekap simple jeee hahaha

Ibu dan anak buah Cuya paling bongsu.

Cousin cakap muka anak buah serupa ibu.
Dua2 bam bam kan... Hahaha



Waktu raya ketiga dan keempat pergi cari Bask Bear Coffee sebab lama tak pekena coffee kedai luar.

Begitulah photodumps untuk harini.

Kita buh sekaliarung je senanggggg HAHAHA


TILL THEN
ADIOS AMIGOS!






' Duit Raya' Rare

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Raya kalini takdelah sesibuk tahun sebelum2 ni sebab tak ramai pon datang beraya melainkan family sendiri.

Sedara Cuya dan kakak ipar Cuya yang datang, Cuya bagi 'duit raya' rare. Iaitu ...



Lipstick and lipgloss! Hahaha

Kan Cuya selalu beli set mekapkan. So berkongsilah dengan sepupu dan kak ipar.


Banyakkan lipgloss.. sharing is caring


Lipstick pulak

Nasib baik diorang ada yang minat warna lipstick ni.

Kalau berkenan diorang amiklah. Kalau tak diorang pilih yang lain.


Kita share benda yang kita sayang pada orang.
Baru best berkongsi kebahagiaan.

Rare kan duit raya Cuya? Hehe



Macam mana raya korang?