Pages

Tuesday, January 31, 2023

Aku borong komik Lawak Kampus!

Assalamualaikum , Helo Coconuts!


Entri harini patutnya dah lama dah buat, tapi Cuya bukan jenis suka draft. Cuya jenis, harini punya cerita, taip harini juga. Kira berita tu masih panas lagi. Walaupun cerita Cuya takdelah panas macam Melodi. HAHA

Bagi yang dalam dengan blog Cuya mesti tahu Cuya ni peminat komik serta penjual komik preloved juga. Jadi Cuya ni banyak join group jual beli komik di Facebook. Dekat sana senang sikit nak menjual sebab orang kat situ memang sah2 peminat komik. Cuya kalau nak beli komik preloved juga dekat situ.

So ceritanya, Cuya ada mencari penjual komik Lawak Kampus (LK) yang lama2. Sebelum ni Cuya pernah juga beli Lawak Kampus, tapi ada yang hilang ( orang pinjam tak geti pulangkan. Herm! ) , ada yang Cuya jual balik.



Total 22 buah buku Lawak Kampus dan 3 buku free.
Harga cuma RM65 termasuk postage.
Berbaloi- baloi ni.



Walaupun semua ni buku lama, tapi masih elok boleh dibaca. Cuya tak kisah sangat kalau ada yang koyak2, asalkan masih boleh dibaca dan cukup muka surat. Sebab Cuya bukanlah collector tegar yang buku kena cantik belaka. Benda murah kan, Cuya sapu je la. HAHA

Dulu-dulu Cuya takde peluang nak beli Lawak Kampus selalu. Sekarang ada duit sikit, boleh la membeli hobi kita ni. Kebetulan anak2 buah Cuya pon suka LK. Jadi diorang pon ada pinjam buku Cuya. Zaman sekarang ni susah nak mencari anak muda yang suka membaca. Jadi Cuya tak kisah diorang nak pinjam buku Cuya memandangkan buku pon buku preloved, kalau hilang takdelah susah hati. kekeke

Btw, LK ni dah lama siri dia. Siri dia masih on going kira laku juga la LK ni. Alhamdulilah Cuya membesar dengan komik LK ni. Kalau tak berkemampuan untuk beli komik baru, cari saja yang preloved. Jimat pon jimat.

Setakat ni, Cuya masih belum habis baca semua. Walaupun memang ada buku yang Cuya pernah baca, tak salah baca sekali lagi kan? Kalau korang tengok dekat list buku dekat blog ni, yang dekat page bawah sekali korang akan nampak buku yang Cuya baca adalah siri LK dan komik-komik lain.

Cuya memang teruja tengok komik banyak2 ni. Walaupun usia dah meningkat, tapi jiwa muda youallss.. HAHAHA


Sampai sini saja, 
adios amigos!



18 comments:

  1. mantap! membaca jambatan ilmu orang kata..

    ReplyDelete
  2. teringat zaman dulu baca komik huwaa...adik sya yang lelaki pun kumpul sikit2 lawak kampus! rindunya..oh komik ibu robotku sayang tu sya dah baca!! bestttt huwaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dulu Cuya tak merasa beli komik banyak2...dah dewasa ni nak kumpul memori zaman kecik2...hehe

      Delete
  3. Dekat rumah pon suka beli buku. Jadi ketagih beli. Cuma risau space nak simpan buku-buku yang dibeli je. Tak cukup tempat hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...jadi ketagih kan... Cuya pon dah takde space sampai ibu suruh buang je komik tu xD

      Delete
  4. MA more ke novel...dulu masa sek..novel penyiasatan, pas tu dah remaja..novel2 cinta plaks...
    sekarang pun still lagi but dah slow down skt la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pon Cuya baca novel cinta..Sebahagian besar novel Cuya dah jual..sekrg more to komik je
      Sebab takde masa baca novel sekrang ni

      Delete
  5. Wah! ini memang peminat tegar komik ni
    Baca jugalah LK ni tapi takdelah peminat tegar macam Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya memang minat komik. apa2 komik pon suka baca.. hehe

      Delete
  6. Kondisi nya nampak baik lagi... ada satu je nampak koyak sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa...ada yg koyak agak teruk tapi komik tu Cuya ada dua kopi, jadi tak kisah sangat.. hehe

      Delete
  7. favourite anak mama ni.. byk juga ada kat rumah tu

    ReplyDelete
  8. dasattttt.... ms tulis entry ni semua ni dah habis baca ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh belum lagi...tpi sebahagian besar dah baca. Heheh

      Delete