Pages

Saturday, October 29, 2022

Tuhan Punya Seribu Rencana


Orang berkata,
Kita hanya memikirkan jalan,
Tapi rencananya semua ketentuan Tuhan,
Biar Tuhan uruskan.

Walaupun fikiran sering buntu,
Tuhan tetap tahu,
Jalannya tetap satu,
Tadahkan tangan dongakkan dagu.

Terkadang jiwa terasa kosong dan sepi,
Hati sendiri tak siapa ketahui,
Seringkali menadah tangan ke Illahi,
Aku tahu aku tak sendiri.

Resah gelisah hati tak semena,
Terlalu banyak dugaan melanda,
Namun hati akan tetap setia,
Mengadu hanya pada yang Esa.


Kita tak sendiri,
Tuhan masih ada disisi.
Kerna Dia punya seribu rencana,
Yang akan bawa cerita bahagia.



Thursday, October 20, 2022

Pemenang Giveaway Contengan Cuya


Assalamualaikum Coconuts!

Alhamdulilah, semalam tamat sudah giveaway Cuya yang berlansung daripada 5 Oktober hingga 19 Oktober. Baru sahaja tadi, ibu Cuya dah buat cabutan bertuah untuk pemenang2 GA .
Mari kita lihat siapakah gerangan yang bertuah ituuuuu


Hadiah Lukisan Digital  

Pemenang pertama 
Dapat dua lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)



Pemenang kedua & ketiga
Dapat satu lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)




Saguhati x 2
Dapat satu lukisan garisan




TAHNIAHHH!!!

Pemenang bolehlah contact Cuya di no ws


Sila sertakan butiran seperti :

Link entri GA-
Pemenang yang ke -


Yang tak menang jangan sedih, inshAllah akan datang Cuya akan buat juga GA versi yang sama. Kita beri peluang kepada semua orang.

Terima kasih sejuta lemon kepada semua yang sertai!
Jumpa lagi di GA yang akan datang ya!
Jangan pernah bosan join GA Cuya <3




Sunday, October 16, 2022

Lagi 4 Hari GA Contengan Cuya nak tamat!!


Hello , Assalamualaikum Coconuts!

Korang dah join belum giveaway anjuran Cuya yang sedang berlangsung ni?
Kalau belum. cepat2 lah join! 

Lekas....nanti terlambat rugi la awok awok semuaaaaa...


KLIK BANNER UNTUK JOIN 


Lagi 4 hari je guys....ayuhh!!!



Tuesday, October 11, 2022

Senarai Peserta Awesome Giveaway Contengan Cuya


Assalamualaikum,
Hello Coconuts! Kelapa kelapa Cuya ..ihiks...

Kalau sesiapa yang pernah jenguk blog Cuya, akan perasan Cuya guna istilah 'Coconuts' bagi pembaca blog Cuya. Pelik en? Sebab Cuya pon pelik orangnya..HAHAHA...Takde la..Cuya saja buat kelainan.

Okay, di bawah ini adalah senarai peserta giveaway Cuya.

Siapa nak join klik SINI




Moh la kita blogwalking...kenai2..ajak kupi kupi...hehehe

Wednesday, October 5, 2022

Giveaway Contengan Cuya


5 OKTOBER HINGGA  19 OKTOBER 2022



Assalamualaikum....Ola amigos! App kese ho? ( Awak apa khabar)    cehhh ajet2 hindustan lak kita. Ehek! Mentang2 baru2 ni sibuk dengar lagu hindustan, tu yang berangan tu....hehehe

Harap semuanya sihat saja. Cuya ni dah jarang blogging sebab dah terpengaruh dengan Tiktok kan... Biasalah orang muda. Hehe...

So, Cuya nak memeriahkan suasana dunia blogging dengan kembali bersama Giveaway lukisan digital. Bagi sesiapa yang dah lama dengan blog Cuya, pasti tahu berkenaan giveaway lukisan digital yang sebelum ni. Kali ni, Cuya kembali dengan giveaaway yang  sama. Sebelum kita pergi ke syarat2nya, mari tengok karya Cuya yang seberapa .


1) LUKISAN KELAKAR / UGLY POTRET 
( Rm 0.50 sen satu kepala)

Harga murah gila kan..Sesuai untuk hadiah kat kawan2 atau nak prank ke..
Btw, gambar artis di bawah bukan la  nak menjatuhkan, Cuya minat sangat dengan diorang. Ni cuma fan arts versi hodoh. kikiki









2) LUKISAN GARIS / LINE ART
(RM 1 satu kepala)










3) LUKISAN TANPA MUKA
(RM3 satu kepala)




4) LUKISAN POTRET BERWAJAH
( RM3 satu kepala)













Di bawah pula komik untuk projek subjek Islamic kami masa U.
Lukis lukisan comel2 je gitu.



Kalau berminat bole je order dekat shopee Cuya




So jom pergi ke syarat2 Giveaway ni!

Syarat-syaratnya:

1) Wajib Follow blog ni.
2)Copy banner, tajuk dan backlink ke blog ni.
3) Copy mana- mana gambar yang Cuya lukis korang rasa korang suka dan paste dekat entri korang.
4) Beritahu sebab kenapa nak menang giveaway ni?
5) Paste link korang di ruang komen entri ni

Hadiah Lukisan Digital  

Pemenang pertama 
Dapat dua lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)

Pemenang kedua & ketiga
Dapat satu lukisan ( Boleh pilih mana2 jenis lukisan yang diminati)

Saguhati x 2
Dapat satu lukisan garisan

Hadiah di atas ni korang boleh bagi gambar korang untuk dilukis.
Lepastu korang boleh print sendiri dan framekan..


Pemenang akan ditentukan oleh cabutan parents Cuya..hehe

Tarikh tamat giveaway :

5 OKTOBER HINGGA  19 OKTOBER 2022


JOM JOIN!!!
ALL THE BEST :D