Pages

Monday, January 19, 2026

Beli belah


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam abang Cuya singgah ke Jasin. Jadi dia Whatsapp Cuya tanya nak ikut dia ke Mydin ke. Jadi Cuya pon mengiyakan. Agaknya dia pon tahu adik dia suka jalan2.

Sementara menunggu abang, kita dah siap makeup. Pastu tertidur keletihan pula menunggu abang tak datang2.

Katanya sebelum Zuhur nak gerak. Last2 lepas Zuhur baru gerak.



Selfie dengan anak buah Cuya, Nailah.
Seronok dia duduk dalam troli.
Teringat Cuya masa kecik2 dulu.



Abang dgn kak ipar beli barang dapur.

Ibu cuma pesan Cuya beli sabun basuh baju dengan pencuci pinggan jer.

Lepastu Cuya adalah beli coklat Appolo.


Pastu abang belanja Cuya roti. Cuya pilih roti pizza ni. Sedap


Petang kelaparan makan masakan kak ipar Cuya. Ada sup daging dgn sambal udang. Sedapp


Ni gambar cendol beli masa kat Kuantan.
Cuya yang request nak cendol. Minum panas2 memang sedap.


Cendol Rm5
Popcorn Rm7

Sedap popcorn dia.

Tulis dekat status " Menyendol di petang hari"

Kawan2 Cuya semua reply, ingatkan tengah menyondol. πŸ˜‚ 


Alhamdulilah atas setiap rezeki Allah beri.
Moga hari2 mendatang akan lebih baik daripada semalam.
Moga saya dimewahkan rezeki berlipat ganda yang tidak putus.

Aamin ya rabb


Till then adios amigos πŸ‘‹πŸ» 



33 comments:

  1. Comelnya Nailah ...
    Sedapnya cendol, nikmat betul minum time cuaca panas

    ReplyDelete
  2. Wahh...Seronok dpt jln2 & jmp anak sedara =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah seronok dpt shopping sama2 hehe

      Delete
  3. Dulu uncle selalu makan kat food court mydin jasin tu... masa tu anak kat uitm sana. Nasik arab dia not bad. Ada lagi ke nasik arab tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya rasa ada lagi kot kedai arab tu. Tak tengok lak bahagian situ. Cuya suka nasi ayam penyet kat situ dgn geprek

      Delete
  4. Hehe apsal lambat sangat abang Cuya datang? Siap tertidur.
    Seronok sesekali keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. agaknya sibuk uruskan anak2 tu yg terlewat. Hehe
      Ya kalau dapat keluar memang release tension

      Delete
  5. Comel je anak buah Cuya. Baiknya abang ajak Cuya jalan2 siap belanja roti & cendol πŸ˜„ part plan nak keluar sebelum zohor tapi lepas zohor baru keluar tu biasalah bila ada anak kecik, plan tu akan berubah sbb ikut timing dieorg selalunya πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah
      Betul, ada budak2 memang masa selalu lari hehe

      Delete
  6. sampai tertidur Cuya tunggu abang sampai...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..punyai abang yang mahu bawa adiknya jalan-jalan

    ReplyDelete
  8. Hahaha, baca beli-belah ni terasa macam ikut sekali jalan-jalan dengan Cuya.
    Seronok tengok Nailah happy dalam troli, terus teringat zaman kecik dulu pun suka ikut orang tua shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Cuya dari kecik suka shopping. Tiap kali dengar perkataan shopping tegak telinga hahah

      Delete
  9. Comel Nailah, seronok duduk dalam troli ya. Alhamdulillah rezeki Abang ajak keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok diaa
      Alhamdulilah sesekali keluar dgn abang

      Delete
  10. takut ekk orang salah faham pergi menyondol pulakk

    ReplyDelete
  11. Bila baca entry ni, terasa macam kita pun turut sama berada di situ.
    Part last tu, siap baca sekali lagi kot tersalah baca tapi rupanya betul - menyendol.. hahaha..

    ReplyDelete
  12. Hehehee biasalah tu janji kalau orang ada anak kecik camtulah.
    Seronok groceries shopping kalau ada tukang bayarkan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.
      Kalau ada orang tukang bayar memang satu rahmat hehe

      Delete
  13. Nampak ada begedil dalam pinggan Cuya tu, sedapnya πŸ˜‹
    Bagus Cuya sikit je makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bergedil. Nampak ajer ye hehe
      Aah tengah kurangkn pengambilan nasi, nk diet la hehe

      Delete
  14. Alhamdulillah rezeki makanan yang bayak..

    ReplyDelete
  15. Tersalah satu perkataan boleh menjadi isu besar kan....menyendol...menyondolπŸ˜…

    ReplyDelete
  16. Sedapnya menyendol di kala panas terik..Kalau menyondol kena dalam gelap..ehhhh.hahaaha

    ReplyDelete