Pages

Friday, July 11, 2025

Ayam Masak Korea


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Mood blogging selalu kelaut sebab takde story menarik nak diceritakan. Hiuhiuu
Tapi harini nak cerita kisah Rabu lepas.

Cuya tiap hari Rabu memang pergi kelas memasak sebab ada waktu free kan. Mengisi masa lapang orang kata.

Menu kalini kita masak Ayam masak Korea

Kita bersiap sesimple yg bole sampai ibu membebel. Kahkahkah

Dia tak suka Cuya cincai2 ni



Kita sediakan ayam yg dicelup dalam tepung Bon Chef + air

Goreng sampai jadi brownish


Pakai tepung ni la



Sos Korea dia kita masak guna bahan

Bawang putih dah dicincang
Sos tomato
Sos cili
Sos Korea adabi
Madu
Gula 3 sudu


Campurkan semua masak dalam 5 minit gitu

Bila rasa memang sedapp

Rangup pedas manis2 


Favourite Cuya ayam Korea ni.
Next time bole try sendiri kt rumah

Makcik makcik ramai datang diorang berborak je, Yela..diorang datang sebab nak jumpa kawan kawankan...syok la berborak 🤣

Jadi Cuya dengan seorang akak ni la masak sekali ngn cikgu . Yalah kita paling muda hahahha


Okay till then 
Adios amigos 👋 




Tuesday, July 1, 2025

Demo Jelly Cedok


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Semalam merangkap hari Isnin, makcik sedara Cuya ajak masuk pertndingan masak
Pengat Pisang. Cuya macam

Laa saya taknak masuk pertandingan, belajar memasak nak la. Rupanya ada demo masak jelly Ceduk. Cuya pon join la belajar masak jelly.

Sambil tu ada pertandingan mewarna kanak kanak.


Muka harus mekap walaupun dekat je dengan rumah. Kita diva kott 😂 😂 
Takdela.. memang suka nak melawa, harap maklongg hehe

Masuk2, nampak makcik yg pergi kelas memasak kat KEMAS.

Laa diorang pon join



Resipi Jelly Cedok



Cikgu Wani tengah demo memasak 

Susun jelly yg dh siap dikeraskan



Pembuatan jelly.


Tuang bahan bahan


Tadaaa... Dah siap menu. Cantikkan cikgu hias.


Adik adik sedang mewarna


Haritu ada nampak budak lelaki nama Lekir.
Unik betul. Mesti mak ayah suka nama klasik


Ni orang yg join bertanding



Cuya yg berbaju Hijau cair begitu focus yaaaa

Hahahaha 


Cuya dengan bag sandangnya. Siap bawa bekas nak bawa balik makanan 🤣🤣

Rupanya jelly tu bole amik satu je. Tapi alhamdulilah Cuya dapat rezeki lain.
Cuya dapat bawa balik mee goreng dengan pengat pisang. Allah bagi rezeki lebih lak.

Cuya rasa Cuya je yg bawa balik makanan 🤣 🤣 sebab Cuya bawak Tupperware kak Mulan bagi. Hehe

Rezeki tak pernah salah alamat kan.

Baik tu saja kisah Cuya.

Moral of the story, kadang apa yang kita minta Allah tak bagi tapi dia bagi benda lain.
Jadi bersangka baik dengan Allah Kay?

Till then, adios amigos!


Sunday, June 29, 2025

Organizer Murah Di Tiktok

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Harini telah sampainya organizer yang Cuya beli di TikTok. Beli sebab meja solek nampak serabut jadi kita mencari organizer yang tertutup.

Organizer Cuya beli ni sesuai letak macam2. Boleh letak mekap, skincare, aksesori, stationaries even rempah ratus pon boleh.
Memang function teruk la. Harga pon murah


Ni gambar organizer lama. Nampak serabut bila tengok macam ni kan sebab banyak gila barang.

Lepastu organizer ni perangkap habuk lak tu



Tadaaa organizer baru Cuya. Cantik tak? Pink kaler uolls.. sepadan dengan organizer lagi satu.

Baru lah nampak kemas sikit macam ni. Takdelah serabut tengok meja solek.
Cuya pulak jenis banyak barang sebab tula organizer macam ni membantu.

Cuya beli tak Sampai Rm20. Berbaloi la kan?
 Ada 4 tingkat. 3 laci, atas tempat letak barang

Sesiapa yang mencari boleh la try beli.
Tahan berat jugak organizer ni.

Puas hati.
Ada saiz lagi besar kalau korang cari kat TikTok.. ,Cuma mahal sikit harga.

Okayy

Till then, adios amigos!


Kek Coklat Ecoshop

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Abang Cuya balik rumah, jadi Cuya kebetulan ada beli tepung kek coklat dari ecoshop. So Cuya pon rajinkan diri buat.
Memandang kat rumah ada alat baru abang dapat hadiah untuk mixing tepung.


Ni la tepung kek Cuya beli.
Rm2.60 je


Ni lepas dah mix semua bahan


Hasil kek lepas dibakar pada suhu 160 °, selamat 25 minit . Cuya bakar dalam air fryer je

Dapat kek saiz kecik je tapi semua merasa.
Dah habis dah. Alhamdulilah 


Lepastu pergi pekan nak beli barang.
Abang belanja Zus. Dia kalau balik mesti belanja Cuya Zus.

Cuya ingatkan nak dapatkan patung Zus yang tengah femes tu tapi dah habis stock 
Bukan rezeki Cuya la.


Alhamdulilah untuk harini. Syukur atas setiap kenikmatan yang Allah berikan.
Cuya doakan korang punya hari pon baik sentiasa. Aamin...

Friday, June 27, 2025

Tetamuku Customerku

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sekarang ni Cuya dah tak update blog hari-hari sebab takde story untuk diceritakan.
Kalau ad aktiviti menarik baru Cuya ceritakan. Biasa Cuya update kat status je.


Pagi pagi bangun pergi dapur sebab kelaparan


Lepastu pergi pickup order frozen food dekat rumah senior sekolah.
Sedap frozen dia, baru first time beli.

Dapat free biskut panjang orang infak. Alhamdulilah. Semoga dimurahkan rezeki si pemberi


Kawan abg Cuya, Kak Ann datang singgah rumah sebab nak ambil makeup dan komik dia beli. Kak Ann selalu support bisnes Cuya


Makeup yang dia beli


Siri ni Cuya dah tak nak kumpul jadi Cuya jual dah semua. Tinggal sebuah novel je.

Alhamdulilah ada yang orang dah book.
Nak jual ni kena target orang yang minat komik baru dapat hasil.

Cuya dah jadi penjual buku dah lama dah sebab minat kan.
Biasa kita dah habis baca, kita jual jela..malas nak simpan

Jual murah2 orang akan beli.

Okay till then, adios amigos!





Declutter lagi barang tak pakai, jimat ruang

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Entah mana datang angin rajin Cuya, Cuya kemas almari yang penuh dengan baju dan seluar lama abang.

Bertahun terbiar gitu sejak abang dah kahwin memang tak bersentuh. Daripada terbiar, lebih baik kita ikhtiar untuk recyle atau bagi orang.


Bilik Cuya dah macam kedai bundle.
Hahaha

Lepastu Cuya up la status, tiba2 kawan Cuya reply dia kata kalau nak bagi budak office atau bangla pon boleh.

Alhamdulilah settle masalah recycle. Sedekahkan ajer baju2 ni sebab semua masih elok.


Ada baju2 Dan seluar jeans yang masih elok.


Lepastu Cuya tanya bestie Cuya tu, ada tak pekerja indon kat ofis dia. Dia kata ada.
So Cuya nak bagi tudung2 lama yang memang tak pakai pada dia.

Daripada kita biar je bertahun tak pakai, why not bagi nafas baru kepada orang lain kan?

Cuya pon melambak tudung. Nasib baik Cuya bukan jenis yang membeli tudung. Pakai je apa ada.

Beri pada orang lain, untuk kita ada lebih banyak ruang di rumah.
Kalau dah bertahun tak pakai tu, better buang atau recyle/sedekah pd yg perlu.

Sesetengah orang ada masalah hoarder, suka kumpul barang lama sampai rumah pon tak cukup space.

Nak tenang kena lah bersihkan apa yang patut. Rumah Cuya pon tak habis kemas lagi hah, masih banyak.

Moga seketul Cuya merajinkan diri untuk spring cleaning. Aamin ya rabb

Till then, adios amigos!


Wednesday, June 25, 2025

Declutter Barang Lama


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Siapa kat sini rumah banyak barang yang tak pakai lagi? Cuya pon samaaaa

Banyak baju dan buku lama tak pakai pon lagi. Jadi kami di rumah declutter baju baju lama dan buku lama.

Baju lama kami hantar recycle dekat kotak pink yang memang ada disediakan berdekatan dengan rumah Cuya.



Macam nila rupa tong kitar semula



Ni pula buku nak hantar library Melaka untuk mereka uruskan



Dah penuh bank buku. Yang plastik atas tula buku buku Cuya. Memang penuh amat bank buku.

Taktahulah diorang buat apa dengan buku buku ni. Buku keagamaan Cuya hantar ke kaunter sebab haritu dah call library dia suruh letak buku agama kat situ.

Ada lagi barang nak declutter dekat rumah ni. Daripada simpan je kan baik recycle, bersih rumah Dan banyak ruang boleh guna untuk benda lain.


Korang dah start declutter ke tu?

Friday, June 20, 2025

Kelas Memasak Roti Kukus

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Setiap hari Rabu Cuya memang akan pergi ke kelas memasak. So rabu lepas, menunya Roti Kukus.

Kalini makcik makcik yang join kelas semakin ramai. Adalah dalam 8 orang makcik dan Cuya.
Ofkos Cuya paling muda.

Minggu lepas menu Pizza.
Boleh baca sini





Selfie duluan


Eh tengok tu! Ada gajah terbang!


Resipi Roti Kukus

Mauripan x 2
Tepung 1kg
Gula
Garam 
Majerin
Pewarna
Inti kaya/ peanut butter 

Mula-mula kita nak buat Ibu roti

Campurkan mauripan,gula x3 sudu, campur air
Biarkan kembang



Lepastu mauripan dah naik, uli mauripan dengan tepung

Campurkan pewarna hijau yg dh dicampur air.
Masukkan garam sedikit

Masukkan air secukupnya

Lepastu masukkan majerin x3 sudu


Dah siap adunan biarkan kembang tutup dengan kain.


Lepastu timbang untuk bentukkan roti.

Lenyekkan dan gulung macam kuih ketayap



Cuya bersama makcik makcik yang rajin memasak






Dah bentukkan gemuk2 macam ni baru kita kukus  dalm 15 - 20 minit





Lepastu dah siap kukus kita potong untuk isi inti.

Kalau nak masukkan inti siap2 sebelum kukus pon boleh.


So semua roti ni dah ngap masuk dalam peyutt.

Alhamdulillah untuk kelas kedua bersama cikgu Mai.

Tak sangka dalam kelas tu pon ada makcik kenal ibu Cuya. Semua orang nak kenal ibu ya, Cuya je tak kenal orang 😂 


Next kelas masak apa pula ya?