Pages

Wednesday, December 10, 2025

Kerna Tuhan Saja yang Tahu


Assalamualaikum Hello Coconuts 

Otak ni selalu banyak berfikir. Tentang banyak perkara. Nak diluahkan tak mampu, nak disimpan terasa pahit.

Kadangkala kalau Cuya rajin Cuya akan ambil planner Cuya yang Cuya tulis macam diari harian. Tapi kadangkala taktahu nak tulis apa.

Bila tidur waktu malam, otak selalu taknak rehat. Terkadang tu kalau penat memang lena tidur. Memang Cuya ada masalah sendiri yang Cuya rasa tak perlu pon heboh pada satu dunia.

Tapi ibu tahu apa yang Cuya alami. Ibu jer faham perasaan anak dia macam mana. Selain Allah, ibu juga tempat Cuya mengadu. Walaupun terkadang ibu kata-kata dia pedas sedikit, tapi Cuya tahu itu cara dia sayang dan nasihat Cuya.

Letih sungguh bila kita diuji saban hari. Orang taktahu apa kita rasa. Orang luar sibuklah nasihat macam-macam tapi ibu je faham Cuya. Ibu sentiasa nak yang terbaik buat Cuya.

Cuya pon nak yang terbaik buat diri Cuya.
Last sekali Cuya cuma boleh follow the flow je. Beban yang Cuya pikul Cuya serahkan sepenuhnya pada Allah.

Orang takkan faham selagi dia tak duduk dekat tempat kita. Yalahkan, manusia mana yang tidak diuji. Semua orang ada masalah sendiri. Terkadang kita tengok orang bahagia je, itu luaran saja... Dalamannya kita tak tahu kan?


Sejak dah makin berusia ni semua macam slow ajer ya, rasa macam nak menjauhi daripada banyak perkara. Rasa taknak aktif di medsos, memang dah tak rajin macam dulu.

Kemana perginya Cuya yg dulu? 😂
Tapi blog aktif sebab tahu tak ramai yang baca. Dulu rajinlah share link, sekarang malas la. Hahaha

Kita bukan retis pon orang nak kisah pasal kita kan. Tapi betullah...dulu selalu post Ig story, TikTok... tapi sejak dah ada pemerhati terus slow down. Terus rasa insecure, tak selamat post sini sana. Ada je orang nak komen ke kita.

Dulu2 berangan juga nak jadi femes LOL 😆.
Tapi apalah syok sangat jadi famous, semua orang nak kecam. Hati kena kental. Dahlah banyak manusia jahat kat luar sana.

Ni pon Cuya taktahu ler kalau ada stalker blog Cuya ni. Mana tahu selama ni dia tengok dalam diam je blog kita. Kalau diam-diam stalk masuk minang takpe gak. Ehh? 🤣 Kesitu pulak kita















24 comments:

  1. Banyak sisi buruk berbanding sisi baik bila jadi terkenal. Lebih elok kita jadi biasa-biasa je, hidup tanpa tekanan dan sangkaan orang.

    Orang memang susah nak faham kita, jadi kita memang kena minta tolong dan berserah diri pada Allah. Moga apa pun masalah Cuya, akan bertemu penyelesaian terbaik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, banyak sisi buruk.

      Aamin terima kasih kak atas doanya 🤗

      Delete
  2. Dekatkan diri dengan pencipta.. Pasti akan lebih tenang. Nasihat untuk diri sendiri juga sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah hanya dengan Allah hati akan lebih tenang kan

      Delete
  3. Boleh kembangkan karekter ni jadi animasi ni... comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak pandai la buat animasi. Teringin juga

      Delete
  4. Take care tau. Moga sentiasa dipermudah kan semua urusan Cuya.

    ReplyDelete
  5. Betul tu, kalau jadi pemes hati memang kena extra kental punya. Cheq pun takmau jd pemes 🥹

    ReplyDelete
  6. setiap perkara yang kita pilih pasti akan menuntut pengorbanan. nak famous, maka bersedialah utk korbankan privasi kita...
    nak syurga maka kena laa berkorban melawan hawa nafsu... dan begitulah seterusnya...

    ReplyDelete
  7. Betul, akak juga rasa macam tu. Tak perlu kongsi di media sosial. Biar Allah saja yang tahu. Semoga Cuya baik-baik dan bahagia selalu. 🤗

    ReplyDelete
  8. Kalau dengan melukis boleh hilangkan stress, bagus sangat tu.
    Semoga yang baik² buat Cuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 je rajin lukis... Terkadang tu malas jugk hehe

      Delete
  9. Jadi terkenal ni ada pro and cons juga kan....buat apa yang Cuya suka....memang terkadang cakap tu senang je...yang alami tu kita....kita yang kena hadap kan....tapi setiap orang ada je kisahnya tersendiri...nampak bahagia kat situ tapi tak bahagia kat sini pulak....apa apa sis doa yang baik2 untuk Cuya ya.

    Makin berumur sis dah keluar banyak whatsapp group. Rasa lagi tenang je. Nak aktif pun kat IG je selain blog. Lain2 tak aktif....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... Ya serabut kan kalau banyak group ws. Nasib baik group ws Cuya tak aktif, jadi takdela berbunyi

      Delete
  10. MZ doakan yg terbak utk cuya. sending virtual hugs #hugs

    ReplyDelete
  11. moga dipermudahkan urusan cuya. bestnya pandai melukis. dapat luah perasaan dengan lukisan juga dan jadi terapi minda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb. Ya Cuya sesekali je melukis hehe

      Delete