Pages

Wednesday, September 25, 2024

Hadiah Buat Teman

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Dua hari lepas sengaja Cuya up status whatsapp in untuk tanyakan kepada sesiapa yang nak eyeshadows percuma. Ehhh ramai lak pm

So Cuya bagi pilihan pada diorang la. Pening kepala diorang nak pilih. Alhamdulillah malam ni Cuya dah siap packing semua eyeshadows tu.

InshaAllah nanti Cuya free, Cuya pos. Jom tengok eyeshadows apa yang diorang dapat.


Dah packing


Ni semua nak bagi kawan









Let go je semua secara percuma. Sharing is caring gitu. Diorang tinggal bayar postage je.

Ada yang Cuya dah pakai, tapi sebahagian besar semuanya baru lagi.


Takpela, Cuya ada banyak lagi pallete yang besar gedabak, jadi takleh tamak2 🤣🤣

Moga hadiah ni dapat memberi keyakinan dan kecantikan pada si pemilik baru.

Saturday, September 21, 2024

Anniversary Giveaway by Cie


KLIK BANNER UNTUK JOIN 








Hadiah Anniversary Giveaway by Cie
Cie sediakan 5 hadiah seperti yang tertera dalam banner.

1 x Tuff PLD Active Clean Powder Laundry Detergent
2 x Tuff DWL With Germax Dishwashing Liquid
2 x Nature’s Way Aloe Vera Conditioner (Salon Shine)




















Thursday, September 19, 2024

Awden Giveaway by Faezah Mdnor



KLIK POSTER UNTUK JOIN

Giveaway bermula : 31 Ogos 2024
Giveaway tamat : 20 September 2024




4. Tuliskan satu sahaja K-drama That Inspired Me A Lot!
berserta sebab dan pengajaran/motivasi yang dapat diambil  (relatekan dengan kehidupan anda).



To be honest Cuya jarang tengok k-drama jadi senang la nak buat pilihan drama yang mana yang best.

So pilihan Cuya adalah drama bertajuk Oh My Ghost. Kisah cute dan misteri tentang Na Bong Soon yang hidupnya tidak tenang kerana berkebolehan untuk melihat hantu. Bong Soon ni memang tampak lemah dan tidak berkeyakinan diri apabila berhadapan dengan orang, jadi dia seringkali dibuli dengan orang lain.

Hidupnya berubah bila satu hari dirinya dirasuki hantu perempuan. Bila dia dirasuk, personaliti dia berubah 360 darjah menjadi seorang yang cheeky dan ceria. Orang pon suka berkawan dengan dia. Padahal diorang tak tahu yang diorang berkawan dengan hantu.
Bila dia berubah, chef yang Na Bong Soon minat pon jadi terjatuh hati pada ' hantu' tadi.

Apa yang Cuya boleh relatekan kisah Na Bong Soon ni adalah personaliti dia ni menggambarkan personaliti yang sama Cuya miliki masa dulu2 zaman sekolah rendah.
Cuya pemalu sikit , kadang2 dibuli sebab cengeng dan tak berkeyakinan diri.

Bila Cuya meningkatkan dewasa, Cuya membina personaliti yang jauh beza dari dulu. Peramah, cheeky dan penuh dengan kegilaan sama macam hantu yang merasuk Na Bong Soon tu.

Bagi Cuya, Cuya rela 'dirasuk' untuk dapatkan personaliti seperti sekarang ni Hahaha. Cerita ni memotivasikan Cuya untuk jadi diri yang sekarang sebab banyak manfaat Cuya dapat. Cuya senang bergaul dengan orang lain, Cuya berani bersuara,berani sahut cabaran dan senang berkomunikasi dengan orang lain. Bila Cuya banyak bercakap, Cuya berani untuk stand out and ajukan soalan pada cikgu dan pensyarah.

Sedikit sebanyak cerita ni memang mengingatkan Cuya pada diri Cuya yang dulu dan sekarang.

Kalau boleh Cuya taknak jadi yang dulu, Cuya nak jadi diri yang sekarang yang jauh lebih baik.


Cuya nak bold macam hantu tu. HAHAHA Btw, hantu tu pon minat menyanyi dan memasak. Hahh sama la macam Cuya! kena kena kenaa 😂

Na Bong Soon lak peminat tulis blog, hah samalah Cuya hehehe 


So korang jomla join! Dah nak tamat ni















Saturday, September 7, 2024

Bauan mengasyikkan!


Assalamualaikum Hello Coconuts!
Lama tak bersiaran , al maklum sedang sibuk fokus dengan diri sendiri. 😆


Baru-baru ni Cuya ada membeli beberapa botol perfume. Pelik sungguh entah sejak bila tertarik dengan bauan minyak wangi ni. Mungkin sebab suka jadikan sebagai terapi diri dan menambahkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang.


Cuya first time beli dari jenama lokal Szindore dan Blanco.




Cuya beli bauan Lollipop Love 🍭 
Dan Melodrama

Cuya beli lollipop love sebab Cuya suka lollipop dan bau manis.

Melodrama pulak Cuya pilih sebab haritu masa live Cuya ada tanya host bau apa yang tertinggal belakang.

Dalam dua² kotak Szindore ni ada percuma bau lain. Cuya dapat bau Lady Porter & Delaila Exclusive 

Semua bauan ni adalah EXTRAIT DE PARFUM maknanya perfume yang jauh lebih pekat daripada EDP 

Cuya beli 15 ML



EDP BLANCO


Cuya beli bauan SEXY SCANDALOUS BLANCO

Bau dia macam floral + sexy.
Sedap bau diaa
Harini Cuya pergi rumah kahwin so dah rasmikan botol ni.

Botol dia lagi besar, saiz 35 Ml


REVIEW LOLLIPOP LOVE.

Cuya bersependapat dengan dia.
Memang bau manis 🍏 



REVIEW MELODRAMA

Sumpah kuat bau dia
Kalau pakai memang tertinggal belakang ni
Tapi Cuya belum try outdoor lagi.
Tapi sedap juga bau dia tapi tak geti nak describe

Hahahah


Cuya sedang vacation, bercuti panjang ni rehatkan minda.

Sedang fokus pada diri sendiri, muhasabah diri dan perbaiki diri 

Doakan Cuya menjadi orang yang baru!


Till then, adios!