Pages

Friday, August 23, 2024

Review Salted Egg Salmon Skin Cik B


Assalamualaikum Hello Coconuts!


FYP TikTok Cuya selalu sangat keluar pasal Salted Egg Salmon Skin Cik B ni. Macam sedap je nak cuba. Terliur tengok dan curious nak tahu rasa dia macam mana. Betul ke sedap sangat?

Jadi satu malam tu Cuya tengok live, dapat free shipping. Cuya pon grab. Harga memang bukan harga marhaen, jadi kita nak tengok berbaloi tak beli.


Dapat dalam kotak rupa gini dan ada bubble wrap


Bentuk bekas Salmon Skin



Dapat air free pamoga




Isi salmon skin

Rasa dia sangat rangup ,masin dan pedas  sedap. Tak berhenti makan sebab Cuya memang suka salted egg 

Harga dia memang berbaloi dengan rasa dia. Kalau ada promo tu ambil la set murah tu.
Nak raso2 pon bole.

Kalau ada rezeki lebih Cuya nak beli lagi.. heheh

Cuya bagi 5 bintang!

Harga dia memang mencecah Rm60 sebalang guys. Hahaha Benda sedap, Cuya tak kisah sangat harga.

Siapa suka masin, pedas, bawang putih goreng bole la try. Cuya pon jadi affiliate utk salmon ni, korang boleh la tengok Tiktok Cuya @nacuyaa


Okay papai!




Friday, August 9, 2024

Wangian Pherowomen Memikat dan Memukau

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Baru-baru ni Cuya baru sahaja purchase wangian pherowomen dekat Tiktok.  Katanya dapat memikat dan memberi aura positif kepada si pemakai.


Cuya ni bukan jenis pemakai minyak wangi, tapi tak tahu kenapa sejak semakin dewasa ni... Cehhh 🤣 Kita semakin berminat pada minyak wangi. Jadi saja2 lah mencuba nak tengok keberkesanan minyak wangi ni.






Pherowomen bauan bunga. Cuya suka bau dia. Soft je



Pherowomen Candy. Bau macam chewing gum manis2 gitu 



Phero Secret. Bau yang Cuya pon tak reti nak describe. Bau macam fresh, floral dan sweet.
Memang bau dia bercampur ,jadi lain orang hidu lain2 bau agaknya.



Tengok iklan pon tulis memikat secara halus 
Leh caya ke 🤣

Cuya sengaja pakai pherowomen yang bunga ni and lalu depan ibu dengan harapan ibu akan tegur.
Rupa2nya ibu hidung tersumbat HAHAHA

Gagal misi Cuya nak tahu dapat pikat orang tak.

Cuya gi shopping pon pakai, tapi agaknya situ orang ramai jadi bau tenggelam.
Takde pon orang yang pusing2 tengok Cuya. Kekeke

Mungkin bau dia masih soft dan tak berapa kuat melainkan Cuya duduk dalam aircond.


Ni tak try pakai lagi diluar rumah.
Bau dia sedap jugak. Not bad


Ni bau dia unik. Iklan dia kemain lagi kan.



Kalau tengok review setiap botol ni memang positif. Sebab memang wangi.

Ada sampai cakap suami asyik nak melekat je.
Ada yang suami tak suka pon ya.

Terserah pada citarasa masing2. Alhamdulillah Cuya suka tapi taktahu nak test keberkesanan dia macam mana. 

Lagipon bau dia bukan lah kuat sangat2 dan tahan lama. Cuma Cuya ada calit pada baju, memang tahan lama wangi pada baju.

Tak silap memang ada yg mention pherowomen ni memang ketahanan dia lebih melekat pada pakaian 

Apa2 pon Cuya puas hati sebab harga murah dan yang penting wangi 🥰 

Masa Cuya unboxing pon wangian dia semerbak. Best2



Produk Minuman AIK CHEONG Pelbagai Perisa

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Sebelum ni masa Cuya pergi Mydin ada nampak produk AIK CHEONG yang menarik packaging dia. Cuya perasan ada green tea dan teh tarik, namun begitu tangan Cuya tak mencapai produk tu.

Jadi bila balik rumah duk teringat ajer sampailah masa abang datang rumah, Cuya ajak ke Speedmart. Terjumpa la jugak produk AIK CHEONG TARIK. Cuya pon beli la satu paket.

Bila Cuya try, not bad jugak.. dia tak manis dan rasa pekat teh. Ceritanya Cuya dapat tahu produk minuman AIK CHEONG ni ada banyak jenis.

Sengaja Cuya search di Tiktok, ternyata ada yang menjual dalam loose pack. Memandangkan Cuya nak mencuba dulu, so Cuya beli lah yang loose pack .



Harga pon murah sahaja.



So Cuya pon beli 6 perisa.

Cuya paling suka Chocolate Mint dengan Mocha.
Sedap betull.. tak rugi beli lebih sebab Cuya memang suka Mint




Yang ni green tea lepas bancuh. Bolehlah rasa dia.

Dekat rumah ni, yang minum semua ni Cuya sorang saja... Ini dah cukup bagus, Cuya kaut semualah 🤣

Agaknya ibu dengan ayah cuma gemar kopi dan teh. Minuman yang Cuya beli ni kan minuman hispter... Kekekek

Korang lak cane, pernah try tak produk AIK CHEONG ni?


Wednesday, August 7, 2024

3 in 1 Electric Face Massage

Assalamualaikum Hello Coconuts!
Dah musim gaji jadi kita nak membeli la apa lagiii

Kalini Cuya beli Electric Face Massage yang mur2 aje. Saja nak mencuba. Kononnya nak jaga kecantikan muka yang tak berapa nak siap ni. Kekekeke

Yalah, nak mengorat jodoh datang ke mari. HAHA Biasalah, perempuan mana yang tak nak cantik?? Kann kannn...



Luar kotak dia. Cuya pilih warna merah sebab nampak ekslusif gitu. Merah buat abang marahh 🤣

Ni rupa dia. Ada tiga jenis kepala untuk urutan muka.

Dalam dia ada bateri free satu. Bila turn on je, ada getaran pada kepala dia. Sebelum Cuya guna alat ni, Cuya pakai moisturizer supaya smooth je urutan pada muka.



Kalau tengok perbandingan muka Cuya, yang belah kiri tu selepas Cuya dah urut muka selepas beberapa minit.

Nampak macam laugh line Cuya kurang sikit berbanding laugh line belah kanan kan. Rasa macam ada beza bila Cuya urut muka sebelah je.

Lepas urut muka , muka Cuya merah2 jugala tapi Cuya rasa nanti hilang la tu. Maklumla kulit muka Cuya sensitif juga.


Apa2 pon alat ni memang best. Harga pon murah gila. Memang mampu milik.


Kalau korang berminat boleh beli kat Tiktok ya.