Pages

Thursday, January 11, 2024

Review KEVIN & COCO Eyeshadows

Assalamualaikum, Hello warga Coconuts!

Harini 3 parcel sampai ke mahligai beta. Sejak dua menjak ni beta semakin gian membeli belah tanpa arah tujuan.Hal ini demikian akibat daripada tersesat dalam live yang diadakan di Kerajaan Tiktok. Ahhhhh Boleh jatuh miskin beta!

Tapi benda pon dah beli, yang penting kita enjoy! ( Suara ala Nora Danish)


Lagipon sudah lama beta tidak membeli barang kecantikan semahal ini. Dulu beta obses! Lama-lama sudah makin berkurangan obsesi tapi kini ia kembali meracun diri!




Besar parcelnya. Betul-betul secure.


Beta request bag khas daripada Kevin & Coco


Seller begitu menjaga baik produk yang dikirimkan mereka.


Tada!!

2 Box eyeshadows beserta sekotak lipstick percuma. Oh yeah!




Pallet bergambar KEVIN & COCO Dragon Queen adalah pilihan beta kerana mempunyai 5 page eyeshadows!

Dalamnya ada 98 warna!


Ni page 1


Page 2


Page 3


Page 4 ( Sesuai jadi cream blusher dan lipstick)


Page 5 ( Boleh jadi contour dan highlighter)



Ini pulak set Catwoman Eyeshadow Mana taknya beta menggila membeli!

Eyeshadows yang glamour seperti beta! XD


Ada lipstick

Yang pen tu beta tidak pasti apakah gerangannya.Mungkin eyeliner?


Beta sememangnya rambang mata tengok pallete mekap di kedai Kevin  &  Coco officially Malaysia.
Beta beli di Kerajaan Tiktok

Total harga RM89.30 setelah ditolak diskaun.

Walhal orang sekaya beta tidak perlukan diskaun. Harta beta sahaja sudah mencukupi untuk tujuh keturunan. Tapi Kerajaan Tiktok menggesa beta untuk terima diskaun sebagai tanda terima kasih. Jadi beta pon menerima tawaran mereka.


Begitulah kisahnya.

Inilah pertama kali beta membeli produk Kevin & Coco. Rakyat Coconuts pernah ke mengetahui tentang produk ini?



Jangan lupa join giveaway beta









24 comments:

  1. waa byaknyaaa... cantik dan comel2 belaka semuanyaa... pernah dgar cuma tak tau brand nie pasal kosmetik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa cantikk sangat, packaging dia lawoo. Warna eyeshadows pon pigmented

      Delete
  2. Amboi borong nampak..😎

    ReplyDelete
  3. Ini kalau bancuh air buat mengaler aci tak...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bole pon uncle, tapi tunggu la dh tamat tempoh.. haha

      Delete
  4. wah..memang meriah kan..mcm2 warna ada tu..nice

    ReplyDelete
  5. lawa...suka tgok, tapi x reti pkai...hahhaa..nie kalua beli habis kak M buat main mekap2... 🀣🀣

    ReplyDelete
  6. Cantik warna "nya..lucu juga wadahnya..sayangnya saya jarang bahkan hampir gak pernah pakai eyeshadows πŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya sebahagian orang tidak suka eyeshadows.. hehe

      Delete
  7. semua tu akak xreti nak pakai, akak pakai serum dan bedak sahaja.. :D.. dan pelembab bibir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua minatkan pakai eyeshadows, lebih kepada natural looks gitu ☺️

      Delete
  8. ni dah boleh ambil job MUA ni cuya...akak tak pandai nak makeup tapi suka tengok barang2 makeup ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah berimpian nak jadi MUA satu ketika dulu πŸ˜‚

      Delete
  9. Pergh!! Makin meriah lah muka permaisuri cuya dengan pelbagai palet warna.. Comel.. comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahahhaah meriah macam lampu traffic light! xD

      Delete
  10. errr tak tahu kewujudan brand ni hehehhe

    ReplyDelete
  11. 1st time dgr nama.brand ni
    wahhhh banyaknyaaaa colour2 yg cantikkkk
    puas ni memekapkan diriπŸ˜€

    ReplyDelete