Pages

Friday, September 30, 2022

Puisi : Andai Kau Kumiliki




Entah apa silapku,
Kita tidak lagi seperti dulu,
Sepi di kala malam sering menggigit diri,
Hati sunyi tiada yang menggerti.

Tidurku jarang sekali lena,
Kerna fikiran melayang teringatkan dia,
Ingin sekali aku menyapa,
Bisikkan rindu namun tak mampu.

Rindu menyeksa jiwa,
tapi apakan daya,
Ku hanya mampu membisu semata,
Tiada kata sayang atau cinta.

Kalau diputarkan masa,
Aku cuma mahu dakap erat,
Pelukan mesra ku berikan,
Dan bilang aku pernah bahagia di sampingmu.
Aku ingin bahagia lagi.