Assalamualaikum, Hello my Coconuts! (kelapa-kelapa saya 😂😂😂)
Harini Cuya excited sangat sebab hari yang ditunggu-tunggukan telah tiba!
Sebenarnya Cuya lama dah nak share haul Cuya ...macam tajuk di atas,Cuya akan haul kasut..Bukan satu tau! Tapi kalau nak dibandingkan dengan youtubers, diorang lagi melambak borong..macam nak beli kedai terus! Haha
Okay,kasut2 ni adalah dah sampai dalam beberapa minggu lepas,ada yang baru sampai semalam,harga murah-murah jer...
Kasut pertama Cuya beli adalah kasut pink Kitty ni.
Comel kan? Harga tersangatlah murah.
Cuma tapak dia lembut la, (tapak luar)
Cuya beli saiz 38 sebab cutting dia kecik.
Biasa Cuya beli saiz kasut 35/36
Masa tu lama nak tunggu delivery kasut,dah nak magrib baru sampai.
Rupanya member skola rendah yang deliver kan..hahaha
Cuya beli disini
Next,kasut Banana! Sumpah comel gilos.
Btw ni first time Cuya ada kasut sneakers yang printed.
Cuya cuma ada satu je kasut sneakers sebelum ni..
Masa beli ni,,Cuya confuse nak ambil saiz apa..sebab dia kata kasut ni ikut standard.
Jadi Cuya ambil la size 36
Tapi bila baca review,dia kata kena ambil saiz lagi besar.
Bila sampai je kasut,,cukup cuak juga la..risau tak boleh pakai.
Alhamdulillah muat2 je,,,cuma ketat sikit kot
So korang kalau nak beli,beli satu lagi saiz lebih besar..
patutnya Cuya amik saiz 37 sebab saiz kaki 23.5 cm
Lastly, Cuya order kasut ni dengan BFF Cuya.Kitaorang memang nak sangat kasut ni,
sebab macam style plus cute je katon dia.
Gigih Cuya cari kat shopee..Ni dari China,,kalau korang nak dalam Malaysia pon ada jual..
Ni Cuya order saiz 37,tapi dia pergi bagi 39.Haish..
lepastu Cuya try2,alhamdulilah..muatla juga..tapi kena ikat ketat2 tali dia..
Apapon Cuya bersyukur ;D
Haritu Cuya beli kasut Kaw ni murah sikit,sekarang dah naik dah harga.ish3..Haha
Apapon Cuya puas hati dengan semua kasut ni.Ni lah sebenarnya pengalaman pertama beli kasut di Shopee..mungkin pada masa hadapan Cuya akan lebih berani untuk beli kasut.
okay,kat sini Cuya nak share tips beli kasut online berdasarkan pengalaman Cuya
1)Ukur kaki sebelum beli
Cara nak ukur senang je.Lukis tapak kaki dekat kertas kosong.
Lepas tu ukur panjang dari ibu kaki sehingga hujung tumit.
2)Baca penerangan tentang saiz kasut di diskripsi
Biasa dekat diskripsi akan ada penerangan tentang saiz kasut dan panjang kaki.
3)Rajin tanya seller
Ni perkara wajib perlu buat supaya kita lebih jelas,kadang2 diskripsi tak membantu juga
Contoh soalan boleh tanya
"What is the size of shoes for the length of _____?"
4)Baca review dan komen
Kadang-kadang review orang lain dapat bantu kita buat pilihan yang terbaik.So,rajin2 la baca ya.
Okay la,itu sahaja daripada Cuya.Thank you sudi baca,insha Allah kalau ada masa lagi Cuya akan update dari masa ke semasa.
Sehingga ketemu ke entri yang akan datang.
Adios Amigos!