Sunday, July 30, 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER

22 July - 13 August 2017


Apa yang perlu korang lakukan?

>> Korang kena buat entri yang bertajuk CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER <<
>> Copy and paste banner di atas dalam entri korang dan backlink ke page ini <<
>> Korang kena cerita apa sahaja tentang BFF korang kat dalam entri tu <<
>> Cerita yang menarik akan dipilih sebagai pemenang <<

 Tarikh tutup penyertaan 13 August 2017 pada pukul 23.59 p.m.


Assalamualaikum salam sejahtera
Kucapkan pada semua,
Jalan singgah sini sana,
moh baca entry kita!


Halo2 ni hao!Kecek cina lak kito ni.Okay,harini Cuya nak cita pasal best BEST BESTTTTTTTTTT fren foreva Cuya!Kitaorang sebenarnya dah satu pasti (tadika) sama sejak kecik tapi cuma tak berkawan je.Masing-masing mulut ketat agaknya.Maklum la,kita ni masakecik mana lah peramah sangat kan...tak pandai kawan.,.cengeng....dan seangkatan nya 

Sebelum tu nak habaq mai,kawan cek namanya SITI NUR MARDHIAH BINTI KASSIM.
Nama cek Nurnasuha Mohd Fadzil,panggil Cuya .


Dah masuk darjah 4 baru lah rapat.Seingat Cuya,masa darjah satu Cuya ada tanya dia,"Eh awak ni yang skola pasti tu kan?" ...Dia mengiyakan je..tap kitaorang tak rapat.Entah cam mana masuk darjah 4 duk bersebelahan je...Start tu rapat....tapi sape sangka sampai sekarang saya rapat dengan dia.Dah masuk 14 tahun! and still couting.Memang banyak la kenangan yang kami cipta sama2...Gaduh sama2...kutuk sama2..geram sama2....uish!menipu sama2! Saya yang ajar die menipu...KAHKAHKAH.

Ni nak cite ni....

Dulu masa sekolah rendah,kami berdua berkenan kan satu beg kecik berisi barangan perempuan (sepit rambut getah kecik ,besar) .Saya dah beli satu.Saya suruhlah dia beli..tapi dia macam takut mak die tak bagi.So,idea saya,saya suruh die beli lepastu saya tulis dekat satu kertas... macam ucapan pendek dan "daripada Nasuha kawanmu" .Barulah mak dia pikir yang tu hadiah daripada saya kan? kekeke..Bijak ke bijak? XD



Masa sekolah rendah selalu cikgu tayangkan video sedih macam orang mati or tsunami bagaikan.Masa tu mesti kitaorang sedih sangat..Sampai satu saat kitaorang saling bermaafan ,salaman sebab insaflah kononnya.Lawak la bila pikir balik.



Yang paling tak boleh lupa,kitaorang pernah terperangkap dalam tandas masa sekolah rendah.Menjerit2 kitaorang minta tolong.Adoi malu betul lah....Lepas tu pulak,naik sekolah menengah kitaorang terperangkap dalam bangunan pulak!Adoi..macam2 la Cuya ni...





Dulu masa saya  first period,saya macam tak suka.Sebab leceh rasa....Tapi Mardhiah cakap"Best la sebab bila bulan puasa,orang lain puasa kau tak payah " kemain beriya dia bercerita kat saya.Adoi


Dah besar ni,kitorang jarang jumpa...tapi selalu on the phone kalah kekasih!Adoi..mentang2 call murah...Kami bole otp sampai berjam-jam tau..Panaih telinga ni. kekekeke


Setiap kenangan ni,tak mungkin Cuya lupa...Dia lah sahabat Cuya Dunia akhirat..Oleh itu,Cuya karangan Sajak buat Siti Nur Mardhiah Binti Kassim..sahabat selamanya



Kau bernama Mardhiah,
wajahmu ku bayang seketika,
lembut manisnya

Ingatkah dulu,
kita sering berdrama,
Bercerita sini sana,
Bersuka ria bersama

Tawamu takkan kulupa
Kenangan kita bersama takkan hilang
lulakarkan namamu di hembusan nafasku,
kuukir wajahmu di ingatanku,
kupahat bayanganmu di hatiku.

Kau bernama Mardhiah,
terima kasih untuk cerita kita,
terima kasih untuk drama bersama,
terima kasih untuk segalanya,
Mardhiah.


-Nasuha-




Hah ni bukti gambar dari kitaornag tadika hingga dewasa sekarang.Hehe


Kadang orang cakap kitaorang ni kembar.
Ya kembar sahabat. :)





1 comment:

E'in said...

good luck cuya.. :)